Wednesday, January 20, 2010

Empayar Minda Muslim


Penulis: Dr Danial Zainal Abidin

Buku ini dapat menambahkan ilmu tentang Islam. Pengarang menerangkan berkenaan Islam dan iman dengan menggunakan pendekatan baru. Buku ini turut memanfaatkan sains dan teknologi bagi menerangkan Islam dengan lebih jelas. Penulis menggunakan ilmu perbandingan agama di mana kitab-kitab Talmud, Bible, Veda, Purana dan lain-lain digunakan untuk menjelaskan setiap isu.

Sinopsis:
Jika Islam adalah sebuah rumah, maka ia adalah sebuah rumah yang besar lagi lengkap yang mampu melindungi semua orang. Pelan induk dan hak cipta rumah ini ditetapkan oleh Allah dan segala keperluan di dalamnya di tetapkan mengikut ketetapan Al-Quran dan As-Sunnah. Namun Allah mengizinkan rumah ini diperkembangkan dan dicantikkan dan masa ke semasa di atas pelan induk yang asal, tanpa mengubah perkara-perkara asas yang terdapat di dalamnya.

Itulah hakikat Islam. Ia ada prinsip dan dasar yang tidak boleh diubah, ia ada hukum hakam perincian yang menaungi kehidupan, ia juga ada bahagian yang menerima perubahan dan pengembangan. Perkara yang menerima pengembangan ialah di dalam aspek metodologi dakwah, tuntutan fardu kifayah, pentafsiran ayat-ayat yang berkaitan dengan alam dan sains, memahami hikmat sesuatu suruhan di dalam batas yang diizinkan serta pembahasan hukum hakam cabang yang begitu luas dan pelbagai.

Buku ini memfokuskan kepada aspek pengembangan ilmu dengan kesedaran bahawa umat Islam pada hari ini amat lemah di dalam aspek penyelidikan dan pembangunan. Ilmu agama yang di ajar pada hari ini sering kali mengulang-ulangi bahan yang sama sehingga kadangkala mendatangkan kebosanan kepada umat Islam terutamanya golongan remaja. Saya akui, di dalam Islam ada perkara dasar yang tidak akan berubah tetapi saya juga sedan ada banyak perkara di dalam agama yang boleh diperkembangkan. Sayang sekali proses pengembangan ilmu agama ini berjalan dengan perlahan sekali dengan sikap sebahagian pendakwah Islam yang tidak kisah tentang hal ini.

Buku ini membicarakan Islam dan iman dengan menggunakan pendekatan baru. Oleh kerana sains dan teknologi adalah sinonim dengan zaman moden ini, ia telah dimanfaatkan sepenuhnya di dalam ini. Sebagai contoh, apabila membincangkan tentang solat, hukum hakam fikah tidak akan difokuskan. Sebaliknya yang difokuskan ialah penemuan-penemuan sains masa kini yang mengungguli solat. Demikian juga, apabila berbicara tentang tanah sebagai alat pencuci, rahsia tanah di sudut sains akan ditonjolkan.

Di samping itu, ilmu perbandingan agama telah dimanfaatkan di dalam penulisan buku ini. Isi-isi kitab Talmud, Bible, Veda, Purana dan yang lain-lainnya telah digunakan untuk menjelaskan isu-isu khusus terutamanya yang berkaitan dengan kerasulan Nabi Muhammad s.a.w dan keganasan. Komen tokoh-tokoh agama lain juga telah dimuatkan di dalam buku ini di dalam bab-bab yang

Di antara tajuk yang mencabar yang memerlukan masa dan penyelidikan yang banyak ialah yang berkaitan dengan tanda-tanda hari kiamat. Saya berkeyakinan kita pada hari ini sedang berada di era Dajal serta Yakjuj dan Makjuj. Keyakinan ini perlu disertakan dengan bukti yang bersandarkan Al-Quran dan As-Sunnah. Alhamdulillah, pembahasan berhubung tajuk ini telah dapat disempurnakan walaupun saya akui ia masih boleh diperkembangkan lagi.

PTS Publications & Distributors Sdn Bhd

0 comments:

Post a Comment