Menyekat diri daripada melakukan maksiat dan larangan Allah itu memerlukan mujahadah. Maka bersabarlah untuk terus berjuang kerana di situ Allah janjikan kemanisan di pengakhiran.
Merungkai persoalan & permasalahan pemudaSesungguhnya permasalahan generasi muda dewasa ini sangat banyak. Tidak terbilang dek jari sebenarnya. Namun semua ini tidak dapat diselesaikan melainkan melalui proses tarbiyah ataupun proses mendidik hati dan nurani. Sembilan permasalahan yang harus kita renung-renungkan dan kita perlu cipta perubahan adalah :
- Lemahnya iman
- Kurang bersungguh-sungguh
- Waktu tidak dimanfaatkan dan suka buang masa
- Tergesa-gesa dalam tindakan
- Tutur kata yang kasar
- Dosa sebagai penghalang
- mengasingkan diri daripada masyarakat
- Muslimah enggan berdakwah
- Cetek ilmu pengetahuan
Mendedahkan permasalahan tanpa usaha penyelesaian adalah sia-sia. Ayuh analisis diri. Kita jadi aset untuk membangunkan ummah. Buat muslimah, peranan wanita amat besar dalam institusi dakwah. Masakan lahirnya peribadi seperti Khansa', Asma Bin Abu Bakar, Nusaibah dan para sahibah yang lain dalam rentetan perjuangan andai kita tidak diperlukan. Maka tiada lampu merah buat kaum Adam mahupun Hawa dalam perjuangan mencari redha Allah. Risalah Islam harus disebarkan.
Pemuda Islam, Bercita-citalahPemuda itu seharusnya sentiasa berwaspada dan membina keyakinan diri. Persoalkan diri dengan peranan pada ummah. Layakkah generasi Islam diperolok-olokkan. Risalah Islam dihina-hinakan. Sosok Junjungan Nabi Muhammad yang kita cintakan dipermain-mainkan. Sungguh tidak adil andai kita berdiam diri.Bila mana sensitiviti kita hilang maka persoalkan kembali ditahap manakah status iman?
Umar bin Khattab berkata, " Sesungguhnya aku melihat seorang lelaki yang tidak melakukan aktiviti duniawai dan tidak juga beramal untuk akhirat, maka orang seperti ini akan jatuh dari pandanganku (tidak berharga bagiku).
Dunia, ladang pemudaDunia, di sinilah kita membenih cinta, kita membaja impian agar tercapai cita-cita yang ingin dilakarkan. Cukup meninggalkan kesan ajakan Dr Aidh kepada generasi harapan Islam bagi diri ini.
" Wahai generasi harapan Islam! Sesungguhnya kebahagiaan itu letaknya dalam istiqamah dan beramal soleh" Amal itu untuk membantu kita di akhirat kelak. Dunia menjadi ladang agar hasil tuaian boleh dinikmati di negeri abadi. Inilah masanya meningkatkan keimanan dan ketakwaan. Sesungguhnya Allah tidak akan mensia-siakan insan yang menjaga ketakwaan pada-Nya. Rasulullah pernah berwasiat kepada salah seorang sahabat, Abdullah Bin Abbas namanya, "Peliharalah Allah, nescaya Allah akan memeliharamu" InsyaAllah, cukup sekadar ini yang dapat Sinar kongsikan. Moga ada kebaikan untuk kita bersama. Bangkitlah ! Bangkitlah, wahai pemuda-pemudi harapan Islam! Sama-sama muhasabah dan teruskan melangkah. Wallahu'alam.sumber
0 comments:
Post a Comment