Tuesday, January 19, 2010

Petunjuk Sepanjang Jalan


Penerbit: KONSIS Media
Sekarang tibalah pula giliran ISLAM dan "umat ini" di saat yang paling genting untuk memainkan peranan. Islam yang tidak memandang remeh dan rendah kepada hasil ciptaan sains yang dilakukan oleh umat manusia sebelum ini dan akan terus dilakukan oleh umat manusia di sepanjang zaman kerana Islam memandang kemajuan di bidang ciptaan sains itu sebagai salah satu tugas utama manusia sejak Allah melantik umat ini menjadi 'khalifah' dan pemerintah di muka bumi ini, dan di bawah syarat-syarat tertentu pula, Islam memandangnya sebagai sejenis pelaksanaan tujuan hidup manusia.

Firman Allah: Ingatlah ketika Tuhanmu berfirman kepada para malaikat:

"Sesungguhnya Aku hendak menjadikan seorang khalifah di muka bumi". (al-Baqarah : 30)

Dan Aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan supaya mereka menyembah-Ku. (Adz Dzariat : 56)

0 comments:

Post a Comment